apa yang kita akan lakukan kalau ada orang yang menghina islam? apa jenis tindakan yang akan kita buat? dan apa bentuk penghinaan yang dilakukan?
semestinya kita akan jawab dengan mudah. tentulah kita akan pertahankan islam. tapi dari segi apa? saya mulai tertanya-tanya. adakah kita terlalu sensitif?
contohnya, perkataan allah di tapak kasut. sensitif sangat ke kita jika memperbesarkan hal2 macam tu? mungkin ada orang akan anggap macam tu. kecil di mata mereka, tapi besar di mata kita.
baru-baru ni satu anugerah hiburan diadakan di korea. mkmf namanya. apa yang terkejutnya, ada lagu yang diselitkan dengan azan. bukan ke ini satu penghinaan?? sila rujuk ttp://www.youtube.com/watch?v=ECHsTjDl414 .
tahu ni pun lepas baca blog seorang kawan kepada kawan. hmmm.. dah tak ada perkataan lain ke nk diselitkan dalam lagu tu? betapa tidak prihatinnya mereka pasal isu ini.
jadi, apa lagi.. sesiapa yg ada account di youtube atau mana2 sila bagi feed back kt laman2 web tu.. tunjukkan pada mereka.. isu2 ni bkan suatu yang remeh!
No comments:
Post a Comment