1. Labuan ni kecil je. satu hari je dah cukup untuk round satu labuan.
2. Labuan ni tak ada aktiviti air sangat. pantai pun tak boleh mandi. yang banyaknya plantar minyak je.
3. Duty free punya tempat. Coklat, arak, rokok semuanya murah. Tapi langkawi lagi murah dan banyak pilihan coklat dia. arak ngan rokok tu.. tak payahlah beli! :)
4. Jalan dia lopak2. orang kat sana sebab tanah mendap (betul ke eja?) jadi kebanyakkan orang labuan guna kereta yang mewah2. lagi satu sebab, kereta kat sana murah! separuh daripada harga biasa.
5. Dekat sana banyak gereja.
6. Siapa yang ada passport bolehlah ke Brunei. Dalam dua jam setengah je naik bot dah sampai Brunei. Tapi pastikan passport tak mati tau. kalau dah dekat 6 bulan sebelum tarikh mati tu, pergilah renew.
Ini cerita brunei pulak
1. Masjid2 dia sangatlah cantik dan beraircond!
2. Majority muslimah pakai tudung. Sejuk hati.
3. Rumah diaorang besar2. Macam istana. hehe. Sebab kebanyakkan diorang ni kumpul semua family dalam satu rumah. Anak2 walaupun dah kahwin still duduk dengan parents.
4. Sultan dia ialah perdana menteri dia. (Ni orang Brunei tulah yang cakap.) dan menurut diorang rakyat dapat banyak sangat benefit. Dapat scholarship pergi belajar overseas. Duit shipping pun kerajaan tanggung. Brunei boleh buat, takkan Malaysia tak boleh buat kan? Oho.. Malaysia masih aman.
5. Kebanyakkan rakyat Brunei ni educated. sebab..ntah.haha
Kitaorang hanyalah 5 jam berada di Brunei disebabkan masalah passport. Walaupun sorang kawan tu tinggal sebulan je daripada tarikh mati passport dia, emigration Brunei still bagi ktorg semua masuk. baik kan? tapi sebelum pukul 3 dah kena ada dekat jeti.
Apa2pun Alhamdulillah.. dapat kenal dunia luar. Terima kasih Allah..
First destination: must go kampung patau2. Tapi ni sebenarnya rumah orang, jadi tak payahlah merayap jauh2.
Masjid di kampung ni. Air surut kot.
Suasana di kampung patau2.
War memorial park. Sesuai untuk orang yang sukakan history
Ada banyak tiang. boleh main rebut tiang.
Kakak naqibah dan suaminya menyakat anak mereka. Fokus pada kereta itu.
Pisang goreng cheese. Boleh mintak kurang susu pekat manis. Sebab.. manis..tapi sedap
Ini brunei punya cerita. syok sungguh nak solat jemaah kat sini. kalau tak pergi solat jumaat jugak tak tahulah nak cakap apa lagi. kan?
Sejuk..
Tenang..
Masjid yang baru siap. tapi lupa namanya. nak ikut masjid di timur tengah katanya.
Brunei's trademark.
Habis sudah jaulah..
No comments:
Post a Comment