Friday, December 27, 2013

abandoned blog

Sorry blog. I love you. Dihambat kerja2 yang tak pernah habis. yang utama harus diutamakan.

Menghabiskan sisa2 tahun 2013 dengan pelbagai macam perasaan. Tak sangka begitu cepat masa berlalu, sudah dewasa rupanya aku.

Hidup yang berkat, itulah yang kita mahukan. Biarpun hidup sederhana, tapi sentiasa tenang. Sudah ada formula hidup berkat ini. Taat Allah, taat ibubapa, taat suami. Oh plus SOLAT DIAWAL WAKTU. Nampak mudah dan memang mudah kalau kita benar2 mahu.

Seorang ibu ada bercerita, dia seorang jururawat yang hanya ada diploma. Tapi Allah berikan anak2nya semua degree. Ya aku rasa itulah berkat. seorang yang bergaji sederhana, menyara anak2 yang ramai tapi tak pernah mengluh dan tak pernah sempit hidupnya. Itulah berkat.

Banyak rasanya yang nak ditulis. Supaya aku lebih bersyukur dalam meniti hari2 yang berikutnya. Moga kesyukuran ini tak pernah hilang, sehingga bila2.

Persediaan sebelum hari itu tiba. Tipulah kalau langsung tak fikir apa yang akan berlaku. Paling selalu fikir 'apa yang kena buat sekarang, dan kemudian'. Tapi selalu sangat fikir begini tak elok juga.

Untuk itu msg dilayangkan kepada sahabat2 yang sudah melaluinya. Ramai yang minta untuk belajar memasak. Ada satu yang aku suka. 'banyakkan solat hajat sahabatku. mohon semuanya daripada Allah' balas sahabat. Ya, banyakkan solat hajat. Untuk sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2nya berdoalah dan bersujud kepadanya. Sesungguhnya di lebih mengetahui.

Aku sangat berharap dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing dan memipin. Yang boleh bersama saat susah dan senang. Yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tak perlu kaya, tak perlu hensem. Yang penting dia jelas apa matlamat hidupnya. kehidupan macam mana yang ingin dibina bersama isteri. (Tapi kalau dapat pun apa salahnya. haha.) Sebab saya benar2 mahukan hidup yang berkat.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.


Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.


 The woman is the reflection of her man. If you love her to the point of madness, she will become it.“    

-Brad pit-   



Amboi dah berani ya tulis pasal kahwin ni kat sini?? Ha, aku rasa sejak tukar link dah berani la. sebab tak ada orang yang baca pun. lebih kepada untuk peringatan diri sendiri. juga untuk mereka yang bakal melalui benda yang sama.

Saat ini sungguh, perlu tingkatkan pengharapan dan tawakkal kepada Allah. Kita hanya merancang dan Allahlah sebaik2 perancang. Semoga rancangan kita selari dengan rancangan Allah. Ayuh tadah tangan dan berdoa.. dan bersujud memohon kepadanya. Bangun pagi2 set minda 'saya mahu menjadi anak yang baik hari ini. saya mahukan kehidupan yang berkat'

Love,
Fauzun yang 3 hari lagi nak exam.

No comments: