Selamat hari raya semua! Dah tamat menjadi guru ganti. Banyak suka duka sepanjang mengajar. Yang penting buat apa pun, marilah cari keredhaan Allah. sebab dengan tu hati kita akan tenang dan sanggup redah apa sahaja halangan.
Currently sedang menyibukkan diri dengan persiapan nak sambung master. tapi mood raya tak habis lagi, adeh!
Raya tahun ni, 2 orang datuk dah tak ada... nak bergembira pun tak lah sangat. yang penting bersyukur sebab masih ada peluang untuk meraikan syawal..
Semua orang, saya minta maaf atas segala kesalahan saya. Semoga madrasah ramadhan benar2 membantu kita menjalani hidup yang lebih baik. Semoga kita semua berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan.. dalam keadaan yang lebih baik.
Terima kasih kepada semua yang banyak membantu sepanjang bertugas sebagai guru..
Selamat hari raya maaf zahir batin, ikhlas daripada kami sekeluarga
p/s: ramainya kawen sekarang. tahniahlah ye.. :)
No comments:
Post a Comment