Tak pandai berkata2 dan tak pandai nak express feeling. Tapi sungguh, Alhamdulillah. Hari tu baru terasa perjalanan 5 tahun setengah di UIA telah pun berakhir. Dan hari itu betapa aku harus bersyukur.
Hari tu, pukul 8.30 masih stuck dalam jam. Sepatutnya dah mulai masuk dewan.
Hari itu, sepatutnya hari terakhir nyanyikan lagu UIA buat kali terakhir bersama2 tapi Allah tak izinkan.
Hari itu, diberi peluang naik ke pentas.
Hari itu , sayu mendengar ucapan rektor.
Hari itu, gembira berjumpa kawan2.
Hari itu, merasa bangga dengan diri.
Hari itu, hari ini, dan hari-hari aku bersyukur...

Hari itu hari kita..
Teristimewa buat ummi dan abah,
Terima kasih atas segala-galanya.
Terima kasih atas sokongan yang padu,
Terima kasih atas atas tunjuk ajar yang bermakna,
Terima kasih atas kata-kata penuh hikmah,
Terima kasih atas contoh yang baik,
Terima kasih atas keprihatinan yang membahagiakan,
Terima kasih atas nasihat yang berguna,
Terima kasih atas doa yang tak putus-putus..
Sungguh, terima kasih untuk segala-galanya. Dan sememangnya hanya Allah yang mampu membalasnya. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan mulai hari aku dilahirkan sehinggalah detik ini.
Ya Allah, tolonglah rahmati mereka.
Buat adik-beradik yang ramai..
juga terima kasih atas segala2nya.
Terima kasih atas segala pertolongan,
Terima kasih atas sokongan,
Terima kasih atas nasihat..
Terima kasihlah semuanya.
Kak long yang banyak tolong dari segi kewangan dan nasihat.
Kak ngah yang banyak tolong bagi idea waktu buat assignment & nak buat ayat untuk rayuan JPA dulu.
Kak Lang yang banyak kali tolong angkut barang waktu pindah bilik dan tolong uruskan hal2 konvo dan tolong jadi driver waktu kat UIA dulu.
Adik2 yang 5 orang semuanya, terima kasih.
Terima kasih kerana sudi meraikan hari itu.
Especially for kakak2 yang banyak sangat berkorban untuk kami adik2, terima kasih banyak!
Terima kasih juga kerana menjadi contoh yang baik untuk adik2.
Terima kasih...Terima kasih...Terima kasih...Terima kasih for everything since the day I was born until now.
Ya Allah, berkati dan rahmatilah kami semua. Tolonglah ya Allah, temukanlah kami di SyurgaMu di akhirat nanti.
Buat kawan2 yang sangat ramai, terima kasih.
Roomates, Schoolmates, Program-mates, classmates, UIA mates..
Terima kasih kerana sudi menadah telinga menerima bebelan yang entah apa2,
Terima kasih kerana sudi meminjamkan bahu untuk menangis bersama2,
Terima kasih kerana sudi mentabahkan hati untuk memberi sokongan untukku walaupun kita sama2 tak kuat..
terima kasih untuk hari kita berduka bersama-sama
terima kasih juga untuk hari kita bergembira sama-sama.
terima kasih, terima kasih dan terima kasih..
Terima kasih juga untuk pensyarah-pensyarah atas ilmu yang berguna..
Terima kasih kakak2 senior kerana memberi notes tanpa inginkan balasan.
Ya Allah, aku tidak mampu untuk membalas jasa mereka. Oleh itu, untuk segala kebaikan yang telah mereka berikan kepadaku, please grant them with your Jannah. Please make their life easier and wonderful. Please dont let them go astray. Temanilah mereka melalui hari2 yang sukar. dan tenangkanlah hati mereka dengan kasih dan sayangMu.
Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu yang tak terhitung olehku. Aku ingin sekali menjadi orang yang sentiasa bersyukur. Terima kasih ya Allah atas Rahmat dan Kasih SayangMu keatasku dan keatas mereka. Semoga hari itu, menjadikan aku lebih bersyukur.
Semoga hari itu, menjadikan aku lebih dewasa.
Semoga hari itu, menjadikan aku lebih positif terhadap kehidupan.
Dan kini, akan aku kembangkan sayapku untuk terbang lebih tinggi dan jalan lebih jauh. Terima kasih semua. To my self, well done!
Alhamdulillah..
3 comments:
congratz Fauzun!!and all the best!oh reading this make me miss uia even more!lama x jumpa!
Tahniah ! :)
kak ojah: tq kak! tau xpe kak.. rindukan uia..garden of knowledge and virtue..hehe
asyraf: tq.
Post a Comment