alhamdulillah, dpt jugak post. ni kali ke-5 mencuba..
Saya ada kawan. Nama dia hanis. Nak tahu apa dia buat semalam?
1. Hanis ada kelas pukul 11.30 tapi dia bangun pukul 11. Jadinya, dia tak mandi pergi kelas.
2. Dia makan tengahari di law department dengan thuraiya. Menunya nasi ayam. Pastu makan malam burger daging. Orang lain makan nasi je.
3. Dia tidur sepanjang hari. Kecuali time kelas pukul 11.30 dan waktu solat dan makan.
4. Dia ada seorang roommate namanya sari yang pukul 10 malam pun tak mandi lagi. Kesimpulannya budak2 engin bilik G4.1 tak suka mandi.
Hanis ialah bekas rakan sebilik saya. saya kenal hanis ni waktu first sem kat gombak. november 2007. waktu first time kenal dia ni rasa perangai dia pelik betul. dia lagi banyak habiskan masa dengan laptop dia.
Pernah satu hari dia tanya, kalau kebakaran apa yang kita nk buat dulu. so, saya cakaplah kalau dah terbakar selamatkan diri je la. dia cakap dia akan ambil laptop dia dulu sebelum selamatkan diri. kalau x sempat selamatlah keluar surat khabar budak rentung bersama laptop.
dia cakap first time kenal saya dia takut. siapa je yang tak takut dengan saya yang garang ni.tak banyak cakap pun. soalan pertama dia pada saya "kakak eh?". waktu tu kak lang datang bilik. waktu lain, bila dia minta kejutkan subuh. kalau dia tak sempat cakap pun dia akan selit kertas dekat handphone. "tolong kejutkan hanis subuh". kertas tu ada lagi simpan dalam kotak.
masa pun berlalu. kami semakin rapatlah jugak. hanis ni suka tolong orang. ingat lagi waktu nk habis sem tu kena kemas barang. nak angkat kotak yang besar tp x lah berat sangat. tapi hanis ni tolong jugak..
apa yang saya sangat kagum dkt hanis ni dia memang study hard waktu nk exam. waktu tu esoknya exam math. dia beli air nescafe dan minum. malamnya dia stay sampai pagi. bukan sehari. tapi berhari2. dalam pukul 7 dia tidur atas kerusi yang dia susun. semoga hanis mendapat kejayaan!
begitulah cerita seorang hanis. walaupun semalam hanis cakap saya adalah orang ke-51 yang disayanginya selepas sari. hahaahhaha
hanis, sarang hae yo!
4 comments:
kedengaran bunyi seorang hanis ni sangat aneh orangnye.
memang aneh budak ni.
hanis ni ad 4 lg kwn....
thuraiya,sari,nofi n fauzun...
antara 5 org nih....hanis paling normal....
yg lain xbrape normal la...
**satu lagi...hanis ni pemalas~~dia bkn rajin pon...==;
abaikan komen hanis kat atas ni. die tengah ngantuk mase buat komen tuh. tu keje mengarut je.
**tade sape kate hanis ni rajin.
ngahhahaahhh!! Tak suke mandi ghopenye!!!!
**tade owg ke kate hanis rajin? Kesiannye....
Post a Comment