Friday, April 27, 2012

berjalan, bermusafirlah..

Hari ni rasa betul nak berjalan2. I mean nak bermusafir. Nak pergi jauh sikit, tempat yg x penah pergi lagi, stay 2-3 malam dengan beberapa orang kawan dan......... explore! sungguh best! kalau tak percaya trylah buat. Cuma sekarang ni aku dah tak ada duit masuk. dulu bplehlah jimat2 guna duit belajar. Sekarang aku kena cari sendiri. Tapi aku yakin, kalau aku betul2 nak Allah akan mudahkan.

Bukan apa aku ni masih duk teringat sebab kalau tak hari ni baru balik ke Malaysia daripada Aceh. Aku tak kecewa pun. Sebab apa yang Allah aturkan sebenarnya sangat baik untuk kita. kan? Jadi, aku pun melepaskan rindu dengan mengepost gambar2 favorite aku untuk melepaskan rindu..eceeeeeh..hehe..


botanical garden, Christchurch, New Zealand. Its winter. I wonder how it's look kalau spring..

Ini on the way from Christchurch to Queenstown. Tapi tak tahu tempat exact dia. First time tengok gunung tu, rasa macam nak menangis sebab cantik sangat.hehe 

ni plak on the way from Rotorua to Auckland.

Just arrived at Coromandel. Tempat shooting Narnia 2. Ni view from atas. baru nak start 45 minutes walk to dia punya beach kat bawah.

 Masih on the way untuk turun bawah. Hari kitaorang pergi first day puasa. tapi sebab dia winter taklah peluh sangat, jimat air dalam badan.haha..balik tu semua flattt..
Coromandel lagi. 


View of Queenstown from top. Baru lepas seharian salji. putih bersih jadinya. First time pegang salji in my life kot. jakun.

Queenstown juga. Tapi gambar ni ambil from bilik penginapan kitaorang. Just before balik ke Christchurch semula.. Waaaa.. rindu New Zealand. Pemandangan dia Superb! Orang dia pun baik2. Terima kasih Allah. Sape2 nak pergi, silalah ajak ye!


 King's Park dekat Perth. Hari ni lah kali pertama aku kenal winter tu macam mana. Nasib baik tak berlagak kebal tinggalkan winter coat kat rumah. Kalau tak, beku lahhhh..

Kitaorang bersuka-ria sebelum menghabiskan duit yang dah tinggal sikit kat Harbour town..

Diaorang ni lah secara tak rasminya jadi golongan pertama yang barsama aku pergi oversea. haha.

Ini kat pangkor. Eh pangkor pun best tau. Tapi jangan pergi waktu cuti sekolah, sebab mahal sikit. kat tempat ni lah first time aku ada family angkat.


Sekian sahaja untuk kali ni. Semoga Allah memanjangkan umur kita, murahkan rezeki kita, untuk pergi lagi berjalan dan tengok kebesaranNya.

P/s: jangan kita putus asa untuk berdoa. sebab Allah sangat suka orang yang suka berdoa. dan yakinlah, untuk Allah perkenankan doa kita tu sangatlah mudah untukNya. (pengajaran yang aku dapat minggu ni)

Have a blessed Friday. :)

No comments: