Saturday, April 21, 2012

Peringatan yang besar!

Semalam sudah kami rancang nak lawat mak cik Napisah dan tengok Amal. Jadi kami berempat bertolak pukul 4 dari rumah. Tepat masanya kami sampai dah waktu melawat kat Hospital Sultan Ismail. Dengan hati-hati kitaorang mendekati katil mak cik. Sedihnya tengok mak cik. Keadaannya makin teruk daripada hari sebelum ni. Kebetulan waktu kitaorang pegi mak cik tersedak sebab kahak. Nurse pun datang sedutkan kahak.

eh, tak bestlah saya cite. tak feeling. tapi tak pelah. nak tulis jugak.

sempatlah kitaorang habiskan baca yasin. waktu saya urut kaki mak cik tu saya dah rasa macam sejuk sangat kaki mak cik. tapi kipas tak buka. boleh jadi juga sebab dah lama tak bergerak jadi kaki sejuk, macam arwah tok ayah dulu. Lepas dah lebih kurang 30 minit kat sana kitaorang pun salam dengan Amal. Seriusly kitaorang nak tolong sangat kalau ada apa yang boleh ditolong. nak bagi sokongan sangat kat Amal. nak cakap kat die 'you are not alone. you and your family are always in our doa'..

dengan hati yang gembira kitaorang pun balik. eh, mestilah gembira sebab dapat jumpa kawan2. lagipun ziarah orang sakit kan benda baik, sape tak suka buat benda baik kan? Elok je malam tu dah penat sangat memang tidur nyenyak betul tapi dalam pukul 12 lebih terjaga sebab banyak betul bunyi msg masuk. dan bila baca msg tu memang tergamam dan tak boleh tidur. Mak cik Napisah dah meninggal. Innalillahiwa inna ilaihi raji'un...


Mak cik Napisah yang berbaju biru.

Terus teringat mak cik waktu sehat2 dulu. Mak cik ni sangat kembut orangnya. Bila bercakap penuh hikmah. betul tak tipu. Buktinya tengoklah Amal. Anak yang didiknya ada peribadi yang menyenangkan. Sama macam mak cik. Yang paling saya ingat kata2 mak cik sebelum pergi New Zealand hari tu



Kalau tengok benda cantik jangan lupa zikir pada Allah. doalah biar kita dapat syurga yang lebih cantik'

Waktu kitaorang nak pergi New Zealand hari tu pun Amal kata mak cik yang banyak bagi cadangan. Memang pun. Waktu mak cik hantar Amal, dia cakap 'rugilah pergi New Zealand tapi tak jalan betul2' jadi memang kitaorang jalan betul2 hari tu.


Pastu kalau jumpa mak cik kat program, Amal tak ada waktu tu, dia akan cakap macam ni 'bila tengok korang teringat kat Amal'

Mak cik, kitaorang akan rindu dekat mak cik. Kalau dulu saya tiba2 teringat kat atuk, saya akan sedekahkan alfatihah untuk tok ayah, cek, mek ummi dan kak diana. Sekarang insha Allah akan doakan untuk mak cik sekali.

Bila kita tengok orang mati, memang kita akan teringat macam mana pula bila turn kita nanti kan? saya tengok tadi ramai sangat datang rumah mak cik, baca yasin. tu belum yang sama2 pergi kebumikan lagi. Dekat facebook pun ramai yang doakan. untunglah mak cik. ramai saaaaangat doakan mak cik. Mak cik, tenanglah disana. Semoga kubur mak cik, tok ayah, cek, mek ummi, kak diana diluaskan seluas2nya. Semoga kalian dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.

untuk kita yang masih hidup, live to the fullest! banyak kita buat amal jom. sebab nanti kita pun akan mati jugak. sebab tu lah saya nak jadi lecturer. Sebab saya rasa bila jadi lecturer nanti, saya boleh buat banyak sikit bekal nak masuk kubur nanti. pastu saya sangat harap orang ramai datang untuk 2 majlis, majlis kahwin saya dan majlis pengebumian saya.


Amal, amal sangat tabah! Be strong dear, Allah knows you can do it. and kerana syurga itu mahal harganya. Kalau nak kitaorang tolong apa2 silalah roger. kiteorang ready untuk tolong sedaya upaya insha Allah, because we love you!

'sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan'
Al-fatihah untuk mak cik Napisah..

3 comments:

ms fud tech to be said...

jazakillah yun

no words can describe how thankful i am to have a group of friends who always be on my side

may u be bless here and hereafter..

FAA said...

you are most welcome amal!

may Allah bless u too..

p/s:kite kan kawan.. :)

Princesa3290 said...

Wow seronoknye!!! Subhanallah NZ is damn beautiful!!! :)

Bertuah die dapat pergi semua tmpt tu :)