Alhamdulillah sungguh lega betul cuti ni. tak pernah aku rasa bertarung dengan exam begitu hebat sampai pening2 kepala dan habis sakit pinggang, bahu semua. semoga allah lembutkan hati orang yang menanda dan memeriksa kertas2 aku dan bagi aku markah lebih. semoga aku dapat markah yang gilang gemilang buat motivasi untuk aku habiskan master setahun lagi.amiiiiiiiin.
Setelah setahun aku tak bercuti sungguh-sungguh, alhamdulillah diberi kesempatan untuk melawat Jakarta. Lagi best, pergi dengan family. boleh dikatakan first time gi oversea dengan family. Alhamdulillah lagi.
Sebelum pergi ada juga aku search tempat2 yang best dekat Jakarta. kebanyakkan orang akan pergi bandung dari Jakarta. tapi sebab ini pelancongan bersama orang2 tua, jadi kami pergi yang dekat-dekat sahaja. So I suggest for those yang merancang nak ke Jakarta, pergilah Bandung. lagi banyak tempat yang menarik. tapi still best!
Ada beberapa perkara je yang nak dikongsikan.
1. Silalah upah pemandu siap2 sebelum pergi Jakarta. dahlah jalannya sempit, orang bawak pula macam tak ada peraturan dan jalannya memang boleh sesat kalau tak biasa! Sakit jantung kot naik kereta tengok diorang drive. tapi pak supir ni rileks je. dah biasa.. kebanyakkan pemandu kereta dia lelaki dan cekap! dan toleransi diorang sangat tinggi berbanding Malaysia.
2. Kebanyakkan masjid dia sangat efektif dalam usaha mencegah kecurian kasut. Malaysia mungkin patut buat macam ni juga. tapi mendidik masyarakat untuk tak mencuri tu tetap diutamakan! tak payah susah2 buat macam ni.
Ada orang jaga sepatu lagi! Syabas Masjid At-tin
Cara kedua: pegang kunci anda sendiri. bagus kan?
3. Memang ramai sangat peminta sedekah. Yang sehat, budak kecil, yang sakit semuanya ada. macam2 ada.. untuk aku yang tak berapa nak sabar memang sangatlah merimaskan. tapi aku tengok pak supir ni rileks je. jadi malulah kalau aku marah-marah kan. memang betullah, aku kena banyak belajar untuk bersabar. Yang agak sedih aku tengok ada budak2 yang sangat kecik di bawa untuk minta derma kat tengah jalan besar. pak supir cakap ni agensi ni.
Inilah budak2nya. ke manalah agaknya mak ayah diorang kan? education is really something!
Monyet pun kena minta derma. :)
Sepupu aku yang kena usha dengan mak cik minta derma. sampai ke kereta dia ikut. oho. mereka juga manusia.
4. tempat pelancongan dia semua besar2. jadi baik plan dulu nak pergi bahagian mana sebelum menjejakkan kaki kat tempat tu. sebab aku rasa memang tak sempat nak pergi semua bahagian. contohnya kat taman safari, kitaorang sempat pergi dolphin show, cowboy town (best sgt ni!) dengan safari je. dan pakailah kasut yang selesa.
5. sila masuk on board awal2 sebab dia kena naik bas dari airport ke kapal terbang. alhamdulillah kitaorang tak kena tinggal kapal terbang. siap ada orang pergi cari kitaorang yang 13 orang semuanya ni. kiranya kapal terbang yang tunggu kitaorang. hehe.
6. Indonesia banyak sangat masjid. pernah juga dengar tak bagus juga masjid banyak2. untuk kesatuan kita. tapi Jakarat ni penduduknya padat. Jadi haruslah banyak masjid.
ok, please enjoy the pics.
Dari atas kapal terbang. banyak betul kapal. kat Malaysia tak nampak macam ni.
Dream high fly high!
Top view of Jakarta
Inilah bas yang ambil dan hantar ke kapal terbang.
Atas puncak Bogor. patutnya 'kulihat hijau' kat belakang tu, tapi kena tutup dengan kabus.
Taman Safari
Sila beli lobak ni sebelum masuk taman safari. no worries. banyak jual kat luar safari.
Kuda belang ni nak bermanja-manja pulak.
Naik gondola dengan harga 20,000 rupiah (lebih kurang 6 ringgit) di Taman Mini Indonesia Indah
My favorite! tempat jual hasil tenusu and chocolate!
Mercu tanda Indonesia- Monas
Ini dekat cowboy town
dekat pasar bawah tanah abang. ada jual kambing hidup tu!
Indonesia yang sesak. rindu Malaysia waktu ni. hehe
Bakso keju. ni mesti Thu cakap eh, tak kenalah bakso dengan keju.
Monas. yang api dia kat atas tu sebenarnya 50kg emas. tak tahu apa motif dia buat macam tu.
silalah beli souvenir kat monas. lagi murah. Tanah abang tu macam angsana kat johor ni. susah nak tawar-menawar.
Terima kasih pak Udi.
ok, lastly masjid ni masjid terbesar di asia tenggara. sebab terlalu besar, kitaorang tengok2 dari luar je..
Sekian sahaja dari saya. Sebenarnya kita boleh belajar banyak benda dari alam dan manusia. sebab tu allah suruh kita musafir, tau thu! Kesimpulannya, saya bersyukur menjadi rakyat malaysia. terima kasih Allah. Semoga diberi peluang lagi untuk bermusafir. :)
No comments:
Post a Comment