Its my favorite month already. and it's going to end soon. How time flies....
Bulan ni saya menerima hakikat bahawasanya saya sudahpun suku abad.
Tak tahu banyak mana amalan dah buat dan paling tak tahu amalan mana tak diterima.
sebab umur dah banyak, saya mengelakkan diri saya untuk mengepost mengenai hari lahir saya.
tak ada orang pun nak baca.hehe.
tahu tak, tiap kali hari lahir saya, saya rasa sangat bersyukur.
sangat bertuah,sangat merasakan kehidupan ini sangat indah.
dan tiap kali itulah saya akan memasang banyak angan.
dan terus berdoa.semoga saya dan orang-orang dikeliling saya dihadiahkan syurga.
dan diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan dunia akhirat.
gambar tahun bila ntah ni. rindulah nak ambil gambar semua ahli cukup.bilalah agaknya.
Mari kita teruskan berdoa. Sebab Allah suka orang yang berdoa. Orang yang banyak berdoa sebenarnya orang yang humble.
0ne year to go untuk habiskan master.pastu dah dupdap tak tahu lagi nak ke mana. Moga Allah tunjukkan yang terbaik. dan memberikan yang terbaik untuk saya dan semuanya.
Sem ni dah start project1. tajuk wireless sensor network. Semoga Allah permudahkan.
Sem ni juga saya pening kepala pusing-pusing tak tahu nak ambil 15 ke 18 kredit hour. Jadi saya pun istiharah sebab saya yakin orang yang istiharah takkan menyesal. Ramai orang faham nak istiharah ni untuk cari jodoh je. Sebenarnya tak. Bila kita nak buat pilihan, kita kena istiharah. Nak beli kereta ke nak beli rumah ke pilih kerja ke nak pilih roomate ke semuanya istiharahlah dulu ye. Jadi saya tekad untuk ambil 18 kredit dengan doa may Allah guide and assist me always.
Sekian sahaja laporan februari saya. terima kasih buat yang mengingati hari lahir saya. terima kasih atas doa kalian. saya sangatlah menghargainya.
3 comments:
wah..masih aktif berblog. ana punya dah penuh dgn sawang. huhu
tudung merah saya kenal hehehe
ahmad: update jarang2 dah..
wani: saya pun kenal! hehe
Post a Comment