Monday, May 6, 2013

Berdukacita.

Alhamdulillah. Bulan Mei sudah. Kalendarku dah bersusun-susun test, presentation dan assignment yang kena submit. Terasa pantas masa berlalu. Sudah menghampiri akhir sem 2. Moga Allah memberi pertolongan dan mempermudahkan semuanya.

Selepas subuh tadi termenung panjang. Konon2 dah nak plan strategi untuk PRU14! hehe. Sedih. ya. Sedih sangat. dengan keputusan PRU13 ni. Tapi kalah menang tu kan adat. Yang paling sedih bila si penipu menang. Tapi Allah izinkan mereka menang. Pasti ada hikmahnya. Pasti!

Sangat mudah kalau Allah nak menangkan kita. Tengoklah perang badar. 313 orang melawan 1000 orang dalam keadaan serba kekurangan. Kalau ikut akal memang tak logic. sorang kena handle dalm 3-4 orang. kalau dalam drama logiclah kot. Tapi Allah dah janji Allah akan tolong sesiapa yang memperjuangkan agamaNya. Maka menanglah tentera badar dengan penuh bergaya.

Mungkin bukan sekarang. Mungkin banyak lagi yang perlu kita belajar. Mungkin kita tak cukup plan. Mungkin kita tak cukup sabar. mungkin kita tak cukup berdoa. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya kan? ;)


Sangat besar harapanku untuk melihat pemimpin macam Umar Al-Khattab, Umar Abdul Aziz memimpin Malaysia. Belum tiba masanya. Oleh itu jom doa. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk sama2 berada di jalan ini. Ya Allah janganlah engkau membalikkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah kepada kami.


'Puaka kegelapan pasti akan hancur.Dan alam ini akan disinari fajar lagi.'


No comments: