Korang pernah tak ada satu masa, terlalu banyak yang bermain di fikiran. terlalu banyak persoalan. kadang-kadang takut dan ragu-ragu untuk melangkah. Sejak akhir-akhir ni terjadi jugakla pada diriku ini. Dan waktu ni lah, setiap apa yang kita dengar, kita baca akan cepat je masuk dalam otak.. untuk di proses lagi! dan kemudian aku terbaca ni kat facebook..
Kita ada terlalu banyak KEMAHUAN,
sedangkan bukan semua yang kita PERLUKAN..
Kita ada terlalu banyak SOALAN,
sedangkan bukan semua perlukan JAWAPAN..
Kita ada terlalu banyak KEBIMBANGAN,
sedangkan bukan semua yang perlu DIFIKIRKAN.
Kita ada terlalu banyak KEKECEWAAN,
sedangkan kita lupa ALLAH sentiasa memberi KEBAIKAN..
Yelah, kita ni eh silap aku ni banyak sangat fikir yang ntah apa2 sedangkan Allah kan tahu semuanya. Ye, SEMUANYA. Jadi, why worry when you can pray? Ya Allah, please guide my steps untuk menuju ke arah Mu..
Semoga Allah menunjukkan yang terbaik dan menetapkan hati kita untuk terus melangkah.
Lepas tu aku dengar pula dekat IKIM,
'Berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan kerana fikiran akan melahirkan ucapan.
Berhati-hati dengan ucapan kerana ia menjadi perbuatan.
Berhati-hati dengan perbuatan kerana ia menjadi perwatakan.
Perwatakan akan menjadi sifat kita.
Oleh itu jagalah fikiran kerana ia membentuk sifat kita.'
dan ada satu kejadian..
ummi sangkut air dekat belakang van, waktu ummi break momentum kerusi yang terlipat di bahagian belakang menggerakkannya sampai tertindih air kelapa tadi. Maka terperciklah air tadi sehingga terkena baju aku. Ummi cakap 'tadi dah terdetik dah kalau kerusi ni bergarak mesti terkena air ni. Itulah, patutnya tak payah fikir yang bukan-bukan takut-takut kalau betul2 terjadi.
Oleh yang demikian kena jaga apa yang kita fikirkan. Moga allah mengurniakan kita fikiran yang positif! Allah, bantulah kami untuk mengawal fikiran dan perasaan kami. Allah jagalah hatiku.
You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows
Moga Allah menetapkan hatiku ini dan mempermudahkan semuanya. Tak sampai setahun lagi nak habis, insha Allah. Fighting!
********************************************************************************
Ok sekarang demam PRU-13! For the first time aku akan mengundi. Aku sangat concern dengan siapa pemimpin kita. Yang akan lead Malaysia! Sebab aku sayangkan negaraku ini. Jadi aku mahu menjadi sebahagian daripada yang mencipta sejarah, bukan hanya membaca sejarah. Semoga usahaku yang kecil ini diterima sebagai amalan yang besar disisinya.
Kebetulan semalam dapat dengar Pak Mardani memberi tazkirah. Aku rasa Pak Mardani ni hatinya bersih tau. Sebab tiap kali dia bercakap mesti aku tersentuh dan insaf! hehe. Simple je tajuknya 'Ikhlas dan Ihsan dan setiap amalan'. Oh betullahlah sungguh penting sesuatu bernama ikhlas tu. Walau untuk apa jua perkara!
Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam sebagaimana Allah memberikan kemenangan kepada tentera badar. Lets keep praying and make du'a!
No comments:
Post a Comment