Friday, August 2, 2013

Ramadhan 1434

Jumaat, 24 Ramadhan 1434. Jumaat terakhir untuk ramadhan kali ni. 

Oho Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Rasa belum cukup amalan bulan puasa ni. Cepat sungguh masa berlalu. Moga dosa2 kita semua diampunkan dengan berlalunya Ramadhan jadi layaklah kita sambut Aidilfitri dengan penuh bergaya tanda kemenangan. Dan semoga Ramadhan telah memberikan semangat untuk terus beramal untuk 11 bulan seterusnya sebelum masuk Ramadhan 1435.


Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan..lalu ku sapa ia, "Hendak kemana?" Dgn lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin lama..Tolong sampaikan pesanku utk org bernama "MUKMIN". Syawal akan tiba sebentar lagi..Ajaklah SABAR utk menemani hari2 dukanya, Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dlm perjalanan Taqwa! [via ILoveAllaah.com]



Ya Allah temukanlah kami dengan Ramdhan yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik. Limpahkanlah rahmat dan maghfirahMu ke atas kami. Marilah kita hidup untuk mencari Redha Allah semata2.

Selamat beramal untuk baki2 hari yang tinggal ni. Mari doakan juga untuk sahabat kita seleruh dunia. Moga kita mendapat pengakhiran hidup yang baik.

Selamat datang Ogos. (Ogos dah! cuti lagi sikit je) 

No comments: