Friday, September 13, 2013

Skrip kehidupan

Selamat datang septermber. Selamat hari jumaat semua. Dah menghampiri hujung tahun 2013 rupanya. Ingat lagi tahun lepas waktu ni tengah sibuk2 nak daftar masuk UTM. Nak pilih2 subjek. Hmmm cepatnya setahun berlalu.

Prof Muhaya cakap supaya kita lebih hargai kehidupan kita, kita mungkin boleh buat skrip kehidupan. Mungkin. Macam bila kita baca post2 kita yang lepas, dalam hati ada jugak 'owhh aku dah lepas fasa kesusahan tu' hehe.

Prof Muhaya tu dia cakap best kan. Dia bukan seorang ustazah pun, dia sendiri cakap dia hanyalah berkongsi ilmu yang sedikit dan yang lain pengalaman sendiri. Sebenarnya dengan teknologi sekarang tak susah nak cari ilmu kan. cuma nak ke tak nak saja. Orang yg pandai bercakap ni kan, kena bersyukur tau. Sebab tak semua orang diberikan kelebihan untuk boleh influence orang dengan just bercakap. Lecturer hari tu cakap, if you can think well, you can only control yourself. But if you can speak well you can control and influence others. So, we need both. Banyak kan, benda yang kita kena belajar dalam hidup ni?

Sekarang sudah masuk semester terakhir, insya Allah di UTM ni. Alhamdulillah setakat ni semuanya baik2 belaka. Awal sem biasalah macam tu.. dah hujung sem nanti nak senyum pun tak boleh. hehe. Sedang berusaha dengan gigih untuk menyiapkan projek. kalau boleh nak siapkan sebelum mid sem. lepas mid sem nak focus writing pulak.

Just nak berkongsi, my first day dalam broadband class. Prof tu cakap, sebenarnya banyak device yang berbahaya yang kita guna sekarang. One of them is handphone. We need to know how to use handphone properly. Sebenarnya radiation from the signal can damage our cell body. Dia akan mengubah bentul cell kat telinga kita. telinga tu dekat dengan otak. Banyak penyakit2 macam high blood preasure, heart attack, diabetes yang punca dia sebab cell2 ni la.

 So.. habis tu tak boleh guna handphonela? Bukanlah sampai tak boleh guna, tapi gunalah berpada2. Kalau boleh text je baik guna text. Kalau tak boleh juga guna loudspeaker bila cakap phone. Sebab at least signal dia tak kena direct dekat badan kita. Kalau guna earphone pun lebih kurang je sebab still direct dkt telinga. Kalau boleh elakkan letak handphone dekat dengan kepala. Technology ni ada jugak kan keburukan dia. tapi sebab keperluan, kita kena guna juga.

Lagi satu, elakkan letak handphone dekat poket seluar. sebab..sebab..sebab.. carilah sendiri! Hehe. Kebanyakkan fakta2 di atas ni belum lagi dapat dibuktikan sepenuhnya tapi saya rasa tak salah kita berhati2.

Semoga kan, projek ku ini dipermudahkan. Takut jugak kalau lambat siap. Kalau tak jadi lagilah haru! sebab bila ambil bahagian hardware ni, dia ada dua je possibilities. samada jadi or tak jadi. Ayuh berusaha! Jangan berhenti berlari.

p/s: dah al-kahfi belum? kalau belum bolehla start dah.. :)

No comments: