Alhamdulillah setinggi syukur kepada Allah, akhirnya saya sudah pun berhenti kerja. hehe. Tapi dah keluar ni rasa rindu pulak suasana kat situ. bangun pukul 4.30 pagi, qiam, baca al-quran, solat sunat semua. dan rindu jugaklah budak2 kat situ.
itulah manusia kan. eh bukan, itulah saya bila dok kat sana strees sampai sakit kepala, tapi bila dah keluar rindu pula. tapi still, duk kat rumah memang terbaik! saya dah berazam macam2 ni. terutamanya nak menghafaz al-quran dan nak tambahkan bahan bacaan.
Saya sangat berharap budak2 yang keluar tu kuat untuk melawan arus. bagi saya diaorang ni sebenarnya kuat sebab diuji Allah dengan ujian yang hebat2. ada yang tak pernah kenal mak kandung, ada yang tak pernah kenal parents pun. dan diorang ni kadang2 bergilir2 menangis waktu petang sebab teringat kat anak masing2. Aku pulak menangis sebab nak balik.hehe. padahal ummi datang hari-hari.
Ya Allah sungguh aku rasa diri ni lemah sangat sebab tak mampu nak hadapi dugaan macam tu. tapi sungguh aku berazam untuk follow up budak2 ni bila dah keluar nanti. Nak ajak diorang makan2 pastu nak bawak diaorang jalan2. Nak bawak shira ngan wana pergi rumah imah ngan mel. semoga Allah permudahkan.
Satu benda yang saya rasa sangat Allah memang tolong kan, bila RS ni nak beli benda yang mahal2 akan ada orang yang datang menderma, subhanallah. Contohnya nak beli khemah untuk kereta, tiba2 hari jumaat lepas ada orang datang serah sumbangan sebab terdengar pasal RS ni. Ya Allah, ya Allah. pastu dalam saya risau sebab tak ada warden pengganti, tiba2 ada 2 orang bekas pelatih RS call ummi mintak nak jadi warden. Subhanallah..
Ya Allah, dengan rahmat dan kasih sayangmu, rahmatilah mereka, lindungilah mereka, kuatkan hati mereka dan janganlah biarkan mereka keseorangan menghadapi saat2 sedih. Ya Allah, peliharalah kami semua daripada segala jenis kejahatan dan dosa. Dan pertemukanlah kami semua di sebuah taman yang indah di suatu tempat bernama syurga..
ni hari tu kitaorang main pantun seloka. budak ni bagi pantun kat saya. well, very kind of her sebab walaupun tak reti sangat still try juga. thank you sarimah.
weekend hari tu kitaorang buat solat dhuha kat luar. ubah anginlah sikit.
dan kalau dengar lagu ni mesti teringat kat diaorang. Semoga Allah merahmati kita semua. silalah dengar kat link my music kat blog ni.
Da'i Nada, sejuta harapan..
La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku
Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku
Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x
2 comments:
universiti terbaik itu adalah universiti kehidupan dimana kita belajar menghargai dan memaafkan.
betul tu..alhamdulillah terima kasih Allah.bile kite menghargai hidup lebih bermakna!
Post a Comment