Oho..best kot duk kat rumah dan boleh banyak spend masa untuk diri sendiri. Itu satu nikmat! Ye, bila dah jadi warden ni rasa sangat tak ada masa untuk diri sendiri. Memanglah saya pernah tulis yang lebih baik ramai2 daripada sorang2 sebab kat kubur kan sorang2, tapi ada kalanya kita memang perlukan masa untuk diri sendiri. Dan sungguh terasa nikmat!
Hmmm hari pertama kerja, tak tahu nak rasa apa. Orang biasa akan letak cita-cita dan matlamat yang tinggi bila nak kerja, tapi saya ni blurrrr. Tak tahu nak cita-citakan apa. Mungkin sebab just nak kerja sebulan kot kat situ. Pastu ada warden kat situ pesan 'budak2 ni pandai berlakon'. Hmmmm. apelah. bukannya nak bagi kata2 semangat. Pergi cakap benda2 yang membuatkan saya suspicious sepanjang masa. Malam tu memang cuak. Sebab rumah tu agak menakutkan. Lagilah waktu maghrib tu ada sedikit kejadian. Terus malamnya saya angkut tilam tidur kat luar dengan budak2 ni.
Esoknya pukul 4.30 lagi kitaorang bangun, buat qiam. solat sendiri2 je. Pastu zikir pagi, solat subuh. Oh lupa nak mention, sebab warden lain bercuti, jadi saya sorang ajelah yang jaga untuk 2 hari tu. Lepas dhuha, diorang baca al-quran. Lepas zohor, baca al-quran lagi. Malam pun baca al-quran lagi. Hari tu dalam hati saya rasa 'budak2 ni baik sebenarnya, cuma tersalah pilih jalan'. Tapi boleh dikatakan sepanjang 2 hari tu diorang agak behavelah.
Selepas je warden lama tu balik, amboiii bukan main lah tak dengar kata. Asyik duk ketuk pintu bilik warden je. Tapi sebab saya baru kerja, tak adalah nak marah2 dulu. So senyum dan ikut aje flow. Cuma ada sekali marah sebab pergi ronda rumah tu, keadaan agak bersepah. Habis diorang kelam kabut pergi gotong-royong.
Saya rasa sepanjang 2 hari tu diorang bagus. tidur pun ikut masa. Sampailah warden yang lama tu beritahu ada si pengadu beritahu dia sepanjang 2 hari dia tak ada, lagi teruk budak2 ni. Makan ikut suka semua. Oho. yup, inilah yang saya tak suka.
Kerja kat situ memang kena sabar ngan kena tahu macam mana nak handle strees. Kalau tak, dah lama saya nak jerit 'malaslah aku nak fikir pasal masalah korang, dosa korang tanggunglah sendiri'. Budak2 kat situ bermasalah sampai benda yang kecik pun kita kena fikir 6-7 kali. Contohnya nak tengok tv. Kena fikir tajuk tu sesuai tak, pukul berapa, ok tak diorang ni. Maacam2lah. Sebab tuhlah selalu tak ada masa even nak reply sms.
Cukup 5 hari kerja, saya minta ummi ambil saya untuk balik. Kepala dah tegang sebab strees 5 hari tak keluar. Kita dah biasa hidup dalam keadaan bia'h solehah, bila duduk dalam bia'h yang lain beginilah jadinya. Tapi yang bagusnya duduk kat situ, makin bertambah amalan kita. Macam solat sunat sebelum/lepas sembahyang, mengaji, qiam. Harap2nya Allah terima.
Saya betul2 minta Allah berikan saya hati yang ikhlas. Sebab tanpa hati yang ikhlas tak mungkin saya nak duduk kat situ lagi walaupun sehari. Dan saya minta semoga Allah berikan saya pertolongan, dibersihkan hati semua pelatih dan warden, ditenangkan fikiran semuanya.
Saya sangat mengalukan2 pihak2 yang ada tarbiah untuk datang dan buat aktiviti dengan diorang ni. Sebab kadang2 kesian jugak tengok diorang ni asyik buat benda yang sama je. Harap2 usaha kita ni mendatangkan hasil yang menguntungkan.
Ya Allah, yang memegang hati2 manusia, janganlah engkau membalikan hidaya setelah Engkau berikan kepada kami. Bersihkanlah hati2 kami dan tenangkanlah fikiran kami. Golongkanlah kami dalam golongan yang beroleh syafaat di akhirat nanti.
3 comments:
ameen..semoga warden btambah sabar
wahh..yun..keje kat RS ke?
doa banyak2..moga diberi kekuatan..
chaiyo2..
u can do it
nt kan ketue komander dulu..
waaahhh=)
bibik: ameeen..i.allah
amal: haah amal. oho skill komander hanya digunakan saat2 terdesak. sekarang semua fikir warden yang baru ni lemah lembut gemalai.hahaha.
Post a Comment