Minggu kedua jadi warden ni, saya sangat rasakan yang ini bukan bidang saya! I dont mind nak mengajar and I dont mind nak tolong apa2 but tinggal kat situ 24 jam 5 hari seminggu bukanlah sesuatu yang saya suka. Hmmmm. Bukan sebab tempat tu tak best, pun bukan sebab orangnya tak best, tapi sebab saya ni seorang yang suka berjalan. Selalu waktu petang saya rasa sakit kepala dan nak menangis. Sebab nak keluar. Ya, saya memang tak kuat.
Perlu saya ingatkan, kerja kat situ bukanlah satu paksaan cuma saya just nak rasa macam mana rasanya tinggal kat situ. dan nak tahu macam mana sebenarnya budak2 kt situ. Dan selepas 2 minggu kerja kat sini saya lebih suka kalau saya boleh follow up budak2 ni lepas keluar daripada sini. Saya rasa itulah yang suka. mungkin.hehe. Oklah dah lah luahan perasaan, meh saya ceritakan keadaan kat situ.
Minggu kedua saya bekerja kat situ, kami diuji dengan gangguan hamba Allah bernama jin. Setiap malam saya akan berdebar-debar dan jadi lebih berhati2. 2 hari berturut 2 orang budak kena histeria sampai kena panggil ustaz untuk pulihkan. lepas tu 3 hari berturut-turut ada seorang budak tu hampir nak histeria tapi alhamdulillah dengan izin Allah tak jadi. Alhamdulillah Allah tolong. Jadi hari Khamis hari tu saya ambil satu sesi untuk semak bacaan doa diorang. Oho diorang rupa2nya doa masuk tandas pun tak hafal. Saya bagi masa 3 jam untuk diorang hafal doa masuk dan keluar tandas, doa naik kenderaan dan doa lepas solat. Lepas al-ma'thurat lepas subuh saya suruh diorang baca ramai2. Barulah diorang ingat.hehe.harap2nyalah.
Diorang ni kebanyakkannya melatah! Haha. part ni memang saya tak tahan. Yang mengusiknya melatah yang diusik pun melatah. Akhirnya satu rumah melatah. haha. budak2 lagi dah melatah. Nampak aje muka brutal tapi melatah.hehe. saya harap sangatlah saya tak melatah. sebab bila budak2 ni melatah saya akan tergelak.hehe.
Diorang ni tiap kali sebelum tidur akan salam dengan semua orang termasuklah warden sekali. Oho mengingatkan saya time kecik2 dulu selalu cium tangan ummi ngan abah sebelum tidur. Sekarang dah tak buat dah.hehe.
Ada seorang budak ni suka sangat menyakat saya. Dia ni ganas sikit. Sekali tengok macam lelaki pun ada. tapi saya rasa hatinya bersih. Sebab senang rasanya bila berbual dengan dia. Dia ceritalah dia ni mak dah meninggal waktu umur 4 tahun. Ayah kahwin lain. Mak tiri dia muda lagi, sekarang baru umur 30 lebih. Dia umur 18tahun sekarang. Dia kata mak tiri dia selalu belassah dia. Kalau tengok kat dahi dia banyak sangat parut. Kesian. Mak tiri dia pilih kasih. anak kandungnya dia hantar sekolah agama tapi dia ngan adik dia hantar sekolah biasa je. Jadi nak balas dendam dia selalulah buat hal kat sekolah. dia kata biar padan muka mak tiri dia.
tapi cara dia cerita sekarang dia langsung tak ada dendam dengan mak tiri dia ni. Padahal dia kena paksa berhenti sekolah pastu kerja then duit bagi kat mak tiri dia. Tulah saya rasa hati dia ni bersih. Dia kata dia betul-betul nak berubah. Dia memang nakal, tapi dia tak menipu. Kalau buat salah memang dia mengaku. Dia cakap dia nak balik sebab nak tengok adik dia. takut kena dera dengan mak tiri dia. Dia memang akan balik hujung bulan tiga ni pun. Saya pun elok2 je dah nak habis kerja. Jadi, saya berazam nak follow up dia bilah dah keluar nanti. Semoga Allah melindungimu!
Oklah.itu saje nak cerita. Semoga saya diberikan kekuatan untuk kerja lagi 2 minggu kat situ dan dipermudahkan urusan semuanya. Sebab bulan 4 ni saje dah bersusun jadual.
Ya Allah permudahkanlah~
No comments:
Post a Comment