Rupanya memang dah wujud lesung pipit tu. semulajadi. maknanya, dah dekat 25 tahun aku tertipu. kesian sungguh buat diriku.kehkeh.
So, pengajarannya apa-apa yang orang beritahu silalah siasat dulu kebenarannya.hehe..
Sekarang, sekali lagi aku bergelumang dengan waktu-waktu yang kritikal. Dulu, waktu FYP. Sekarang waktu buat project masters. waktu ni, ramai orang akan tegur 'asyik berkerut je. nanti cepat tua'. Oh tidak ku pinta untuk berkerut seribu, but it happened that way.
Fasa-fasa inilah sebenarnya fasa yang menguji. sejauh mana pergantungan kita pada Allah. kalau kita fikirkan balik, semua ni duniawi je. dan senang sahaja untuk Allah tolong. tapi kita mudah goyah dek ujian. Sungguh aku berdoa, semoga Allah permudahkan urusan projectku ini. Sila doakanku sahabat. Aku ingin berjaya.
Ya Allah letakkanlah dunia ini di tangan ku, bukan di hatiku..
Semoga aku masih mampu senyum walaupun coding masih belum faham.
Semoga aku tidak berkerut walaupun supervisor belum tetapkan nak guna TelosB or TelG.
Semoga aku bahagia walaupun kerja berlambak-lambak. sebab aku percaya kalau kita tak sibukkan diri dengan hal yang besar Allah akan sibukkan dengan hal yang kecil2.
Semoga aku tak mengeluh walau apa pun terjadi.
Semoga aku boleh menguruskan masa dengan baik.
Semoga Allah mengurniakan fikiran yang tenang, hati yang bersih dan jiwa yang lapang buatku..dan kamu!
Marilah kita sama-sama yakin, kita boleh lakukannya. sebab kita ada Allah..
"Dan apabila hamba2Ku bertanya padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan org2 yang berdoa apabila dia berdoa padaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU dan beriman padaKU,agar mereka memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)
dan..khas buat diriku, dan sesiapa di luar sana..
No comments:
Post a Comment